Thursday, January 7, 2010

SIAPA KANAK -KANAK ISTIMEWA



Blog Entry

Kanak-kanak istimewa ini dibahagikan kepada 8 kategori iaitu mereka yang bermasalah fizikal, penglihatan, pendengaran, petuturan, kerencatan akal dan pintar cerdas.

Masalah Cerdas

Kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, gerak-geri mereka terbatas. Ketidakupayaan boleh berbentuk neurologi yang mereka terbatas. Ketidakupayaan boleh berbentuk neurologi yang melibatkan otak, spinal cord atau saraf yang rosak. Gangguan neurologi dapat mempengaruhi kecerdasan pertuturan. Kanak-kanak yang mengalami kelemahan fizikal senang diperhatikan kerana gaya mereka berjalan ataupun mereka menggunakan alat-alat khusus seperti kereta tolak, tongkat penyokong ataupun sendi-sendi palsu.

Masalah Penglihatan

Penglihatan yan mengganggu keupayaan belajar dikatakan mengalami masalah penglihatan. Kana-kanak ini mungkin buta ataupun mempunyai penglihatan yang terbatas dan masalah meneroka persekitaran dan lembap dalam perkembangan kognitif. Kanak-kanak kategori buta ini terpaksa menggunakan deria lain dan khususnya pendengaran bagi mengatasi kelemahan penglihatan.

Masalah Komunikasi

Bertutur adalah proses komunikasi yang amat berguna dan kesannya adalah pada pembelajaran. Masalah komunikasi ini melibatkan emosi seperti rasa malu, kurang upaya dan sebagainya. Ini memyebabkan kesukaran dalam penyesuaian sosial akibat memahami istilah dan perkataan apabila bertutur atau kesukaran menggabungkan perkataan untuk melafazkan perkataan.

Masalah komunikasi ini disebabkan oleh kehilangan pendengaran,penangguhan perkembangan, kekurangan stimulus persekitaran dan kerosakan otak. Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah komunikasi tidak dapat bercakap dua ataupun tiga patah perkataan menjelang umur dua tahun. Menjelang umur tiga tahun mereka menggunakan struktur ayat yang tidak sempurna. Selepas umur lima tahun, kualiti suara juga tidak sempurna dan menurut arahan.

Gagap adalah diantara masalah komunkasi yang dihadapi oleh kanak-kanak. Ia adalah gangguan kelancaran bercakap yang melibatkan gerakan pernafasan dan cara percakapan. Apabila gagap kanak-kanak biasanya tidak mempunyai nada suara yang sempurna. Gagap ini disebabkan oleh tidak cukup kuatnya kekuasaan serebrum di bahagian otak. Satu bahagian otak mengawal kelancaran bertutur, sementara sebahagian lagi lemah. Disebabkan tidak kukuhnya kekuasaan di bahagian otak, kedua-dua bahagian tidak mempunyai peranan utama atau terdapat peranan yang sering bertukar ganti, yang menjadikan seseorang itu gagap dalam pertuturan.

Seramai empat daripada lima kanak-kanak hilang masalah gagap mereka secara spontan. Gagap yang kurang teruk berkemungkinan dapat hilang dengan sendirinya berbanding gagap yang teruk.

Terencat Akal

Kerencatan akal merujuk kepada kecerdasan akal di bawah kecerdasan purata ( American Assiciation On Mental Retardation ( AAMD ) , 1973 ). Mereka yang menunjukkan kelambatan dalam perkembangan mental. Mereka sukar mempelajari kemahiran dan konsep, mengingati mata pelajaran dan menggunakan maklumat bagi menyelesaikan masalah. Mereka juga sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian dan mempunyai kecenderungan meniru daripada mencipta sesuatu. Koordinasi mata dan tangan mereka tidak sempurna dan mereka mempelajari bahasa atau sesuatu kemahiran dengan perlahan. Tingkah laku yang terencat akal seperti kanak-kanak yang berumur separuh daripada umur mereka.

Mereka mempunyai skor IQ antara 70 ataupun lebih rendah. Antara imej yang sering diperkaitkan ialah Sindrom Down dan mereka dapat dibezakan secara fizikal dan biologi sebanyak 25%. Meraka boleh hidup berdikari dan progaram komprehensif berbentuk kemahiran vokasional dan sosial dapat membantu menjadikan individu lembam sebagai individu yang produktif.

Pintar

Ciri-ciri kanak-kanak pintar adalah mereka mendahului umurnya dalam hampir semua bentuk pencapaian dan dalam perolehan kemahiran. Mereka mempunyai motivasi tersendiri, komited kepada kerja dan kreatif ( Renzulli, 1978 ). Mereka cepat faham apa yang diajar dan dapat menggunakan pembelajaran itu dalam erti kata yang luas . Pendek kata, mereka terlalu cekap, pantas dan fleksibel serta sentiasa menggunakan strategi dan perancangan menggunakan maklumat dengan baik.

No comments:

Post a Comment